Saturday 10 May 2014

10 Makanan Paling Menggemukkan

Wooaaaaaa (sambil mulut ternganga). Baca title dah menggerun kan? Melantak nak sedap je kan. Disebalik SEDAP tula banyak kita tak tau kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut. Malaysia ni memang mewah makan. Sebut apa je dari a to z. Dari ke 1 bintang sampai la ke 5 bintang. Jom cekidaut makanan yang tergolong dalam makanan paling menggemukkan. Sumber dari kevinzahri.com


 1. NASI LEMAK


Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak? 

Fakta: Nasi lemak tidak berkolesterol! Tak percaya? Memang tiada kolesterol. Kenapa pulak? Bukankah ia berlemak tinggi dari santan? Betul. Memang tinggi dalam kandungan lemak tetapi tinggi lemak bukan bermakna ia tingi kolesterol.

Tapi ingat: Lemak dalam nasi lemak adalah tinggi dengan saturated fat (atau lemak tepu) yang boleh meningkatkan kolesterol badan tapi nasi lemak sendiri tidak mengandungi kolesterol.

Rendang Daging
Rendang daging berkolesterol tapi sekali lagi, bukan dari santan. Kolesterol dalam rendang datang daripada daging lembu.

 

Jadi apa beza lemak dengan kolesterol

  1. Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
  2. Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  3. Tumbuhan dan buah-buahan TIDAK mengandungi kolesterol.
  4. Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  5. Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
  6. Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi insyallah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, dagng berlemak, full cream foods, organ, hati, limpa dan lain-lain.
 2. ROTI CANAI

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. NASI GORENG

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

 4. AISKRIM

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. BURGER RAMLY

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. MEE KARI

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Lebih kurang 500 kalori. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. MAKANAN BERGORENG

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain (rebus, panggang dll)

8. SUSU PEKAT MANIS

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. ROTI MANIS DAN DONUT

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal. 6 biji donut pula mengandungi dalam 1200kcal.

10. MAYONIS

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment