Saturday 19 April 2014

Pastri Quiche Ayam

Minggu ni minggu busy aku. Isnin-selasa attend course Microsoft Access 2010. Mati kutu aku buat pertama kalinya pergi kursus takde geng. Aku sorang je perempuan wakil jabatan. 2 lagi lelaki. Yang lain haram aku nak kenal. Semua muka tak penah aku jumpa. Aku kawan jela dengan brader yang 1 jabatan dengan aku ni buat teman pokpek pokpek. Sadis... Nasib baik kau best bang! Hahaha..


Level 1 paham. Masuk level 2 kelaut dah. Hahaha


Hari rabu lepas balik keje 4.30pm, terus buat Quiche Ayam. Requested by zhaf la. Teringin nak makan ni katanya sebelum dia fly ke Sabah esoknya. Aku penah bagi dia rasa dulu. So far dia rasa okay. Tu yang repeat order (untung la you dapat girlfriend pandai masak sayang. Hahaha...)

Actually aku amik resepi ni dari facebook Juara Masterchef Musim Pertama, Dr.Ezani. Aku suka follow dia ni sebab resepi dia semua healthy food. Barang-barang dia guna pun semua senang nak cari.


Bahan-bahan Pastri Quiche Ayam :

BAHAN A
Pastry puff (aku beli jenama Kawan. 1 bungkus ada 10 keping)
200gm daging ayam kisar/cincang (rebus sekejap)
2 biji kentang (rebus dan potong dadu kecil)
Chicken meatloaf/sausage (potong memanjang)
Cendawan butang (potong kecil)
Parmesan/mozzarella cheese
Bawang putih 3 ulas (cincang halus)
Blackpepper
Garam halus

BAHAN B (EGG MIXTURE)
2 biji telur
150 ml susu segar
150ml sour cream
Blackpepper
Garam halus
*Bahan-bahan ni campurkan semua sekali dan kacau


Cara membuatnya :


Sediakan dulang pembakar muffin. Yang lebar dan yang dalam sikit mangkuknya. Griskan dengan majerin kat dalam dan luar mangkuk tu. Kalau tak, confirm melekat bila dah masak nanti. Aku dah penah kena masa first time buat. Jenuh korek nak kuarkan bila dah masak. 

Sambung balik cerita pastri. Lepas tu amik pastri puff tadi masuk dalam mangkuk muffin tu. Macam aku buat kat dalam gambar.



Masukkan semua bahan A dalam pastri puff tu. Ikut la banyak mana kuantiti nak letak dalam 1 pastri tu.

Lepas tu tuang bahan B (egg mixture) kat dalam pastri tu ikut ngam-ngam permukaan lubang muffin tu. Penuh sangat kang melimpah keluar pulak.



Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit. Lepas tu masukkan pastri dalam oven. Bakar selama 20-25 minit atau kulit pastri tu nampak garing.

Pastri aku dah mula mengembang masa ni. Bau pastri semerbak satu rumah. Sedapnya la hai bau!




Okay dah siap quiche ayam aku! Tunggu 5 minit baru la keluarkan dari dulang pembakar tu. Tak melekat dah lepas aku dah gris dengan majerin tadi. Makan quiche ayam ni masa tengah panas sedap. Sebab pastri tu tengah rangup lagi. Kalau makan esok dah kurang sedap sebab pastri tu macam liat sikit even kita dah panaskan dalam microwave/oven.


Ni untuk tuan yang request buat quiche ayam ni. Bekalkan untuk dia makan kat rumah.



SELAMAT MENCUBA...

Tuesday 15 April 2014

Ikan Siakap Stim Sos Plum


Ikan salah satu favourite seafood aku. Ibu panggil aku mak kucing. Kalau makan ikan tak cukup sikit. Mesti nak banyak aje. Hahaha... Nak buat camne kan dah suka. Tapi aku memilih juga ikan apa yang aku makan.

Ikan yang banyak tulang ni aku kureng sikit la. Sebab malas nak mengasingkan tulang bagai. Kang berejam nak mengadap dia aje. Nasi tak luak-luak kang.

Kelmarin zhaf nak datang dinner kat umah. Tak tahu nak masak apa memula tu. Pastu ibu cakap ikan siakap haritu ibu beli kat pasar tani tu tak masak lagi. Suruh aku masak stim je. Baiklah ibu! Saya yang menurut perintah ;p


Bahan-bahan ikan siakap stim sos plum :


Ikan siakap. Cuci bersih-bersih, buang sisik semua.



1 biji bawang holland (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (ketuk)
1 biji cili merah (hiris)
1/2 inci halia (hiris memanjang)
6 tangkai cili padi (belah dua) *kalau nak pedas buh lebih
2 biji tomato (belah 8)
1/2 biji buah lemon (hiris)
2 tangkai daun ketumbar (potong 1/2 inci)
1/2 gelas air
Garam halus



5 sudu besar sos plum jenama Life
*Nak masam lagi letak lebih lagi



Cara membuatnya :

Sediakan aluminium foil ikut saiz ikan tu. Lebihkan pun takpe sebab nanti nak tutup kesemua bahagian ikan. Lumur garam halus dan sos plum kedua-dua belah ikan. Pastu letak ikan kat dalam aluminium foil tadi.

Masukkan semua bahan-bahan yang hiris tadi kat atas ikan kecuali hirisan lemon. Lemon tu kena perahkan kat atas ikan. Dah perah tu jangan buang. Masukkan sekali kat dalam aluminium foil tu. Baru la sedap sikit. Hehehe.. Pastu curah air kat dalam ikan tu. Simple!

Ikan yang dah siap nak di stim kan.

Sediakan bekas pengukus. Buh la air dalam 1/2 bekas tu. Panaskan pengukus sampai air tu melegak. Then baru la stim kan ikan tu selama 20 minit.



Tadaaa... Dah siap! Menu paling simple. Main campak-campak je. Janji sedap!



SELAMAT MENCUBA!..

Sunday 13 April 2014

Lasagna

Lately ni boleh dikatakan setiap petang mesti hujan. Bila hujan mata pun kuyu je kan. Aku ni bila takde benda nak buat kat umah, mula la nak membuta je kejenya. Hehehe..

Teringat nak buat lasagna. Bahan-bahan dah beli haritu. Kebetulan zhaf nak dinner kat umah harini. Actually, costing nak buat lasagna agak mahal juga la. No wonder la kalau makan kat luar harganya mahal. Sebab guna 3 jenis cheese. Nak buat selalu tu tak dapek la kan. Sesekali boleh la kot. Kena kira-kira bajet dulu. Kekeke..

Lepas maghrib, siap-siap nak bersilat kat dapur. Buat sorang-sorang je. Takde assistant pun. Adik keje malam masa tu. Kakak pasrah la buat sorang-sorang. Huhuhu..


Bahan-bahan membuat lasagna :


Kulit lasagna (Aku celur kejap kulit lasagna. Supaya nanti cepat lembut bila di masak)



Bahan-bahan membuat inti daging :

1 tin sos prego traditional
1 tin cendawan butang (hiris nipis-nipis)
400gm daging kisar/cincang
4 ulas bawang putih (potong dadu)
1 biji bawang holland (potong dadu)
Serbuk oregano
Serbuk blackpepper
2-3 sudu besar cili boh (kalau nak pedas)
1 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa



Bahan-bahan membuat sos putih :

2 sudu besar butter (tak kisah jenama apa pun)
250ml susu segar (aku guna jenama HL)
2 keping cheddar cheese 
2 sudu besar tepung gandum

Keju mozzarella
Keju parmesan
Untuk topping lasagna nanti 



Cara membuat inti daging :

Panaskan minyak. Aku guna 4 sudu besar minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Bila daging dah berubah warna, masukkan sos prego tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan cili boh dan sos cili. Tabur garam, ajinomoto (jika perlu).

Kemudian masukkan cendawan butang. Gaul mesra kesemua bahan-bahan tersebut. Masukkan serbuk oregano, serbuk blackpepper. Dah siap!

Ni rupa inti daging yang dah siap. Sama je macam kita masak spagetti bolognese.



Cara membuat sos putih :

Cairkan butter dalam kuali. Pastikan api kecil untuk memasak sos putih ni. Masukkan susu segar. Kemudian masukkan tepung gandum (Sebelum masukkan tepung ke dalam kuali, campurkan tepung dengan sedikit air hingga tepung larut. Ini supaya bila masuk ke dalam kuali yang panas, ia tak berketul-ketul).

Kacau perlahan-lahan. Masukkan keju cheedar. Kacau sampai likat dan tutup api.

Sos putih yang dah siap. Jangan biarkan sos putih ni lama-lama sebab nanti dia akan jadi lebih pekat.


Cara-cara melapis lasagna :


Sediakan bekas aluminium foil untuk membaking. Griskan dengan majerin supaya ia tak melekat masa nak potong nanti (aku gris guna planta je). Lapiskan dengan kulit lasagna kat bahagian bawah.



Masukkan inti daging. Kemudian tuang sos putih. Pastikan sos putih tadi menutupi permukaan inti daging tadi. Lagi banjir lagi best. Taburkan cheese mozarella dan parmesan ke atas sos putih tadi. (Sorry, aku tak sempat snap gambar layer sos putih tu. Kalut! Hahaha)

Ulang proses yang sama sehingga habis (kulit lasagna - inti daging - sos putih - keju mozzarella dan parmesan). Maximum 3 lapis. Pastikan lapisan yang atas berakhir dengan keju ye. Kemudian tabukan sikit serbuk oregano last sekali.




Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Pastikan api atas dan bawah ye. Kemudian bakar lasagna dalam masa 30-40 minit sehingga keju keperangan. Bila lasagna dah masak, biarkan dalam masa 20 minit, barulah potong.



Tadaaa... Tak sempat snap dah kena sambar dulu. Gini la rupanya lepas dah masak dan ngap masuk mulut memasing. Hehehe




SELAMAT MENCUBA!





Saturday 12 April 2014

Oh! Sabtuday

Malam tadi hujan turun dengan lebatnya. Syok ohh tido. Lena sampai ke subuh. Sampai encik bf message pun tak sedar. Dasar tido mati. Kekeke.. 6.30am gitu macam biasa la waktu aku bangun solat subuh. Hujan dah berhenti dah masa tu.

Hajat nak sambung tido balik lepas solat tapi mata tak mau lelap pulak. Isshh.. Potong stim betul lah! Hahaha.. Perut pulak dah nyanyi-nyanyi kelaparan. Buka je pintu bilik semerbak bau sambal nasi lemak ibu masak pagi ni. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal la. 

Sap sap sap dengan cargasnya aku turun bawah. Sedapnya bau aroma nasi lemak. Thank you ibu. I lebiuuuuu. Mmuuahhhh...

 Lazat kan? Nasi lemak kangkung. Nyum..nyum

Eh? Yang ni takde kangkung pulak. Masa ini ibu tengah goreng kangkung. Ibu cakap jangan makan dulu. Tunggu ibu masak kangkung jap. Baiklah!


Semalam ibu masak sambal sotong ada lebih, aku campur la sekali dengan sambal bilis. Berdouble-double sedap la aku makan. Hooiii... Jahanam diet aku bila weekend duk umah saje. Uhuk..uhuk..

Semalam pun aku makan nasi lemak juga kat opis. Ya Allah 2 hari berturut-turut aku makan nasi lemak. Confirm naik berat badan punya. Huwaaaaa... By the way, setiap pagi jumaat opis aku akan buat takzirah pagi. Setiap minggu akan bersilih ganti orang yang baca doa dan yang akan baca tazkirah. Breakfast disediakan. Selalunya ada je orang akan sponsor. Alhamdulillah jimat duit setiap hari jumaat. Hehehe

Next friday turn aku pulak yang kena baca tazkirah. Apa tajuk aku nak baca ni weiiii???


Muka poyo lapar. Orang lain sibuk menghidang, aku sempat selfie jap. Heeeeeee

 Dalam plasik kuning tu nasi lemak ayam/daging. Kuih-muih pun ada.


2 orang ni bff aku kat opis. Nesya dan mira. Masuk air ini olang!

Tamak tak aku? Semua aku bedal. Kuih koci, popia,
 nasi lemak rendang daging dah selamat dalam perut. Hahaha


Aku suka hari jumaat sebab rehat lama woo. 2jam setengah. Kadang-kadang takde idea dah nk merayap ke mana rehat lama-lama cenggini. Sogo, Jalan TAR, Maju Junction jela yang dekat dengan opis aku.

Tapi semalam aku merayap sampai ke Klcc. Hehehe.. Teman kawan aku nak pergi Celcom tukar nano simkad untuk iPhone5s. Klcc aku dah boring gak pergi sebenarnya. Takde apa yang menarik. Nak makan apa pun tak tau la.



Tadaaaa... Aku makan Pepper Lunch Express kat food court tingkat 4. Lama gak tak makan ni. Yang ni aku amik Spicy Beef with Shitake Mushrooms. Aku add telur mata. Harga lepas tax bagai dalam RM14.30 tak silap. Actually benda alah ni macam ala-ala sizlling hot plate tu jugak. Cuma yang bezanya daging tu mentah, telur pun mentah. 

So, bila plate tu panas, letak daging and telur dalam plate tu, kita main masak-masak. Golek-golek and gaulkan daging, cendawan bersama-sama nasi sampai semua tu masak sepenuhnya. Pastu curah la honey sauce and garlic sauce atas nasi tu bagi berperisa manis-manis and masin sikit. Telur pun masak dengan sendirinya atas hot plate tu. 

Jangan risau mesti masak punya daging, cendawan dalam tu sebab plate tu memang sangat panas. Even kita dah gaul mesra semua tu pun masih terasa panas lagi. Nak suap dalam mulut pun kena tiup banyak-banyak kali kalau tak nak lidah melecur kepanasan. Lantak la kalau tersembur air liur sekali ke kan. Hahahaha


Thursday 10 April 2014

80 Hari Lagi Sebelum Ramadhan





Pejam celik pejam celik lagi 80 hari lagi sebelum menyambut bulan Ramadhan, In shaa'Allah. (Aku punya excited macam esok nak puasa dah. Hahaha). How time flies. Rasa macam baru je sambut tahun baru 2014. Sungguh tak sabar rasanya nak menunggu ketibaan bulan yang mulia ni. Berpuasa dengan family dan orang tersayang.

"Allahuakbar, Engkau panjangkanlah umur kami untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Seandainya mati itu lebih baik disisi-Mu, maka matikan lah kami dalam keadaan Husnul Khatimah yakni dalam keadaan yang baik dan beriman terhadap-Mu."

Alhamdulillah aku dah ganti puasa tahun lepas. Aku puasa 6 terus dalam bulan Syawal. Senang! Kang aku jadi pemalas kalau ganti puasa last minit ni (walhal aku memang suka buat keje last minit. Pastu marah kat diri sendiri). Hahahaha...


Pastu nak poyo sikit. Baju raya pun dah siap tempah. Gila excited tak aku? Miahaha.. Bulan 1 hari tu aku pergi Jakel kat Jalan TAR cari kain nak buat baju raya. Jakel ni memang feveret aku la kalau nak cari kain. Orang kata kat Jakel mahal. Bagi aku mahal kena la dengan kualitinya. Aku lebih pentingkan kualiti daripada kuantiti. Takpela. Raya setahun sekali. Time tu je pun nak melaram baju memahal. Iye dak? Hehehe



Tuesday 8 April 2014

Rezeki Hari Selasa



Breakfast pagi ni disponsor. Alhamdulillah rezeki hari selasa. Actually kawan aku ni baru je dapat lantikan tetap kat opis aku. Kerja 8 tahun kontrak kot. Gila lama nak dapat post tetap. Aku alhamdulillah kontrak 3 tahun je terus serap ke jawatan tetap. 

Memula aku saje je cakap suruh belanja. Sekali betul-betul plak dia nak belanja. Siap tanya nak makan apa. Boleh plak dalam kepala otak aku ni terlintas nak makan kat Gloria Jeans Coffee kat KWSP tu. 

Selama 2 tahun wujud Gloria Jeans Coffee kat situ, sekali pun aku tak penah singgah. Starbucks yang nun jauh kat Maju Junction tu aku bole sampai. Yang sekangkang kera ni pandang sebelah mata je. Punya la eksyen aku ni. Kekeke..



Set aku makan ni namanya Cheesy Melt. Tak banyak choice pun breakfast set kat sini. Set ni pun harga 10 hengget. Kira paling murah la aku amik ni. Amik mahal-mahal kang kata demand plak kansss. Tak sampai hati nak cekik kawan tu. Hahaha. 

Air plak aku order hot mocha. Dalam menu tunjuk air tu ada deco bentuk daun tapi aku dapat ni takde pun. Pentipu sungguh. Baru nk fefeeling minum air ada deco bentuk love la, daun la. Sekali hampeh! Buih biasa je dia bagi. Sakit hati kita! Phuuuiii...

Pokpek punya pokpek jam dah pukul 9.15am. Tak penah aku breakfast selama macam ni. Kira hari ni pecah rekod. Lagi pun bos semua takde hari ni. Hiphip horeyyyy!!!!


Settle tajuk makan free, harini birthday adik bongsu aku. Yang ke-20 tahun. 

Gambar masa wedding cousin tahun lepas.

Holiday dengan adik-adik aku kat Kuching.


Selamat Hari Lahir buat adikku, Zubaidah. Kaklang doakan semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup dan apa yang diimpikan menjadi kenyataan. AaminYRA. Tunggu hujung bulan la boleh belanja makan best. Sekarang kakakmu tengah sengkek. Hikhikhik..

Dalam adik beradik aku, adik aku ni yang paling pandai. Sekarang tengah study Degree in Chartered Public Account. Kira dia ni harapan ibu ayah la. Harap kakak-kakak dia ni belajar main-main je dulu. Dah tua baru nyesal tak belajar pandai-pandai. Hahaha.. Sungguh pun belajar tak tinggi, tapi jadi orang la juga. Ngeeeeeeeee :D






Monday 7 April 2014

Bebelan Pertama



Assalamualaikum wbt

Hampir 2 tahun bersawang blog aku ni. Since Jun 2012. Maka dengan ini terciptalah dunia baru aku untuk mempokpek-pokpek, mencoret dan menconteng isi hati aku ni. Cewaaahhhh.. Hehehe.. Mana yang aku boleh share, aku akan share la ye kengkawan. First entry ni tak tau nak cakap apa sangat. So tunggu la next entry pulok okay. Daaa...