Sunday, 13 April 2014

Lasagna

Lately ni boleh dikatakan setiap petang mesti hujan. Bila hujan mata pun kuyu je kan. Aku ni bila takde benda nak buat kat umah, mula la nak membuta je kejenya. Hehehe..

Teringat nak buat lasagna. Bahan-bahan dah beli haritu. Kebetulan zhaf nak dinner kat umah harini. Actually, costing nak buat lasagna agak mahal juga la. No wonder la kalau makan kat luar harganya mahal. Sebab guna 3 jenis cheese. Nak buat selalu tu tak dapek la kan. Sesekali boleh la kot. Kena kira-kira bajet dulu. Kekeke..

Lepas maghrib, siap-siap nak bersilat kat dapur. Buat sorang-sorang je. Takde assistant pun. Adik keje malam masa tu. Kakak pasrah la buat sorang-sorang. Huhuhu..


Bahan-bahan membuat lasagna :


Kulit lasagna (Aku celur kejap kulit lasagna. Supaya nanti cepat lembut bila di masak)



Bahan-bahan membuat inti daging :

1 tin sos prego traditional
1 tin cendawan butang (hiris nipis-nipis)
400gm daging kisar/cincang
4 ulas bawang putih (potong dadu)
1 biji bawang holland (potong dadu)
Serbuk oregano
Serbuk blackpepper
2-3 sudu besar cili boh (kalau nak pedas)
1 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa



Bahan-bahan membuat sos putih :

2 sudu besar butter (tak kisah jenama apa pun)
250ml susu segar (aku guna jenama HL)
2 keping cheddar cheese 
2 sudu besar tepung gandum

Keju mozzarella
Keju parmesan
Untuk topping lasagna nanti 



Cara membuat inti daging :

Panaskan minyak. Aku guna 4 sudu besar minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Bila daging dah berubah warna, masukkan sos prego tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan cili boh dan sos cili. Tabur garam, ajinomoto (jika perlu).

Kemudian masukkan cendawan butang. Gaul mesra kesemua bahan-bahan tersebut. Masukkan serbuk oregano, serbuk blackpepper. Dah siap!

Ni rupa inti daging yang dah siap. Sama je macam kita masak spagetti bolognese.



Cara membuat sos putih :

Cairkan butter dalam kuali. Pastikan api kecil untuk memasak sos putih ni. Masukkan susu segar. Kemudian masukkan tepung gandum (Sebelum masukkan tepung ke dalam kuali, campurkan tepung dengan sedikit air hingga tepung larut. Ini supaya bila masuk ke dalam kuali yang panas, ia tak berketul-ketul).

Kacau perlahan-lahan. Masukkan keju cheedar. Kacau sampai likat dan tutup api.

Sos putih yang dah siap. Jangan biarkan sos putih ni lama-lama sebab nanti dia akan jadi lebih pekat.


Cara-cara melapis lasagna :


Sediakan bekas aluminium foil untuk membaking. Griskan dengan majerin supaya ia tak melekat masa nak potong nanti (aku gris guna planta je). Lapiskan dengan kulit lasagna kat bahagian bawah.



Masukkan inti daging. Kemudian tuang sos putih. Pastikan sos putih tadi menutupi permukaan inti daging tadi. Lagi banjir lagi best. Taburkan cheese mozarella dan parmesan ke atas sos putih tadi. (Sorry, aku tak sempat snap gambar layer sos putih tu. Kalut! Hahaha)

Ulang proses yang sama sehingga habis (kulit lasagna - inti daging - sos putih - keju mozzarella dan parmesan). Maximum 3 lapis. Pastikan lapisan yang atas berakhir dengan keju ye. Kemudian tabukan sikit serbuk oregano last sekali.




Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Pastikan api atas dan bawah ye. Kemudian bakar lasagna dalam masa 30-40 minit sehingga keju keperangan. Bila lasagna dah masak, biarkan dalam masa 20 minit, barulah potong.



Tadaaa... Tak sempat snap dah kena sambar dulu. Gini la rupanya lepas dah masak dan ngap masuk mulut memasing. Hehehe




SELAMAT MENCUBA!





No comments:

Post a Comment