Tuesday, 8 April 2014

Rezeki Hari Selasa



Breakfast pagi ni disponsor. Alhamdulillah rezeki hari selasa. Actually kawan aku ni baru je dapat lantikan tetap kat opis aku. Kerja 8 tahun kontrak kot. Gila lama nak dapat post tetap. Aku alhamdulillah kontrak 3 tahun je terus serap ke jawatan tetap. 

Memula aku saje je cakap suruh belanja. Sekali betul-betul plak dia nak belanja. Siap tanya nak makan apa. Boleh plak dalam kepala otak aku ni terlintas nak makan kat Gloria Jeans Coffee kat KWSP tu. 

Selama 2 tahun wujud Gloria Jeans Coffee kat situ, sekali pun aku tak penah singgah. Starbucks yang nun jauh kat Maju Junction tu aku bole sampai. Yang sekangkang kera ni pandang sebelah mata je. Punya la eksyen aku ni. Kekeke..



Set aku makan ni namanya Cheesy Melt. Tak banyak choice pun breakfast set kat sini. Set ni pun harga 10 hengget. Kira paling murah la aku amik ni. Amik mahal-mahal kang kata demand plak kansss. Tak sampai hati nak cekik kawan tu. Hahaha. 

Air plak aku order hot mocha. Dalam menu tunjuk air tu ada deco bentuk daun tapi aku dapat ni takde pun. Pentipu sungguh. Baru nk fefeeling minum air ada deco bentuk love la, daun la. Sekali hampeh! Buih biasa je dia bagi. Sakit hati kita! Phuuuiii...

Pokpek punya pokpek jam dah pukul 9.15am. Tak penah aku breakfast selama macam ni. Kira hari ni pecah rekod. Lagi pun bos semua takde hari ni. Hiphip horeyyyy!!!!


Settle tajuk makan free, harini birthday adik bongsu aku. Yang ke-20 tahun. 

Gambar masa wedding cousin tahun lepas.

Holiday dengan adik-adik aku kat Kuching.


Selamat Hari Lahir buat adikku, Zubaidah. Kaklang doakan semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup dan apa yang diimpikan menjadi kenyataan. AaminYRA. Tunggu hujung bulan la boleh belanja makan best. Sekarang kakakmu tengah sengkek. Hikhikhik..

Dalam adik beradik aku, adik aku ni yang paling pandai. Sekarang tengah study Degree in Chartered Public Account. Kira dia ni harapan ibu ayah la. Harap kakak-kakak dia ni belajar main-main je dulu. Dah tua baru nyesal tak belajar pandai-pandai. Hahaha.. Sungguh pun belajar tak tinggi, tapi jadi orang la juga. Ngeeeeeeeee :D






No comments:

Post a Comment