Saturday 12 April 2014

Oh! Sabtuday

Malam tadi hujan turun dengan lebatnya. Syok ohh tido. Lena sampai ke subuh. Sampai encik bf message pun tak sedar. Dasar tido mati. Kekeke.. 6.30am gitu macam biasa la waktu aku bangun solat subuh. Hujan dah berhenti dah masa tu.

Hajat nak sambung tido balik lepas solat tapi mata tak mau lelap pulak. Isshh.. Potong stim betul lah! Hahaha.. Perut pulak dah nyanyi-nyanyi kelaparan. Buka je pintu bilik semerbak bau sambal nasi lemak ibu masak pagi ni. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal la. 

Sap sap sap dengan cargasnya aku turun bawah. Sedapnya bau aroma nasi lemak. Thank you ibu. I lebiuuuuu. Mmuuahhhh...

 Lazat kan? Nasi lemak kangkung. Nyum..nyum

Eh? Yang ni takde kangkung pulak. Masa ini ibu tengah goreng kangkung. Ibu cakap jangan makan dulu. Tunggu ibu masak kangkung jap. Baiklah!


Semalam ibu masak sambal sotong ada lebih, aku campur la sekali dengan sambal bilis. Berdouble-double sedap la aku makan. Hooiii... Jahanam diet aku bila weekend duk umah saje. Uhuk..uhuk..

Semalam pun aku makan nasi lemak juga kat opis. Ya Allah 2 hari berturut-turut aku makan nasi lemak. Confirm naik berat badan punya. Huwaaaaa... By the way, setiap pagi jumaat opis aku akan buat takzirah pagi. Setiap minggu akan bersilih ganti orang yang baca doa dan yang akan baca tazkirah. Breakfast disediakan. Selalunya ada je orang akan sponsor. Alhamdulillah jimat duit setiap hari jumaat. Hehehe

Next friday turn aku pulak yang kena baca tazkirah. Apa tajuk aku nak baca ni weiiii???


Muka poyo lapar. Orang lain sibuk menghidang, aku sempat selfie jap. Heeeeeee

 Dalam plasik kuning tu nasi lemak ayam/daging. Kuih-muih pun ada.


2 orang ni bff aku kat opis. Nesya dan mira. Masuk air ini olang!

Tamak tak aku? Semua aku bedal. Kuih koci, popia,
 nasi lemak rendang daging dah selamat dalam perut. Hahaha


Aku suka hari jumaat sebab rehat lama woo. 2jam setengah. Kadang-kadang takde idea dah nk merayap ke mana rehat lama-lama cenggini. Sogo, Jalan TAR, Maju Junction jela yang dekat dengan opis aku.

Tapi semalam aku merayap sampai ke Klcc. Hehehe.. Teman kawan aku nak pergi Celcom tukar nano simkad untuk iPhone5s. Klcc aku dah boring gak pergi sebenarnya. Takde apa yang menarik. Nak makan apa pun tak tau la.



Tadaaaa... Aku makan Pepper Lunch Express kat food court tingkat 4. Lama gak tak makan ni. Yang ni aku amik Spicy Beef with Shitake Mushrooms. Aku add telur mata. Harga lepas tax bagai dalam RM14.30 tak silap. Actually benda alah ni macam ala-ala sizlling hot plate tu jugak. Cuma yang bezanya daging tu mentah, telur pun mentah. 

So, bila plate tu panas, letak daging and telur dalam plate tu, kita main masak-masak. Golek-golek and gaulkan daging, cendawan bersama-sama nasi sampai semua tu masak sepenuhnya. Pastu curah la honey sauce and garlic sauce atas nasi tu bagi berperisa manis-manis and masin sikit. Telur pun masak dengan sendirinya atas hot plate tu. 

Jangan risau mesti masak punya daging, cendawan dalam tu sebab plate tu memang sangat panas. Even kita dah gaul mesra semua tu pun masih terasa panas lagi. Nak suap dalam mulut pun kena tiup banyak-banyak kali kalau tak nak lidah melecur kepanasan. Lantak la kalau tersembur air liur sekali ke kan. Hahahaha


1 comment:

  1. Blackjack on a casino - JT Hub
    Blackjack is 공주 출장샵 played on the standard blackjack table. A blackjack dealer has a bet 의정부 출장안마 of 4 plus or more, and 여수 출장샵 if the dealer's 문경 출장안마 three cards are used, 광주광역 출장안마 the

    ReplyDelete