Thursday 10 April 2014

80 Hari Lagi Sebelum Ramadhan





Pejam celik pejam celik lagi 80 hari lagi sebelum menyambut bulan Ramadhan, In shaa'Allah. (Aku punya excited macam esok nak puasa dah. Hahaha). How time flies. Rasa macam baru je sambut tahun baru 2014. Sungguh tak sabar rasanya nak menunggu ketibaan bulan yang mulia ni. Berpuasa dengan family dan orang tersayang.

"Allahuakbar, Engkau panjangkanlah umur kami untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Seandainya mati itu lebih baik disisi-Mu, maka matikan lah kami dalam keadaan Husnul Khatimah yakni dalam keadaan yang baik dan beriman terhadap-Mu."

Alhamdulillah aku dah ganti puasa tahun lepas. Aku puasa 6 terus dalam bulan Syawal. Senang! Kang aku jadi pemalas kalau ganti puasa last minit ni (walhal aku memang suka buat keje last minit. Pastu marah kat diri sendiri). Hahahaha...


Pastu nak poyo sikit. Baju raya pun dah siap tempah. Gila excited tak aku? Miahaha.. Bulan 1 hari tu aku pergi Jakel kat Jalan TAR cari kain nak buat baju raya. Jakel ni memang feveret aku la kalau nak cari kain. Orang kata kat Jakel mahal. Bagi aku mahal kena la dengan kualitinya. Aku lebih pentingkan kualiti daripada kuantiti. Takpela. Raya setahun sekali. Time tu je pun nak melaram baju memahal. Iye dak? Hehehe



No comments:

Post a Comment