Saturday 19 April 2014

Pastri Quiche Ayam

Minggu ni minggu busy aku. Isnin-selasa attend course Microsoft Access 2010. Mati kutu aku buat pertama kalinya pergi kursus takde geng. Aku sorang je perempuan wakil jabatan. 2 lagi lelaki. Yang lain haram aku nak kenal. Semua muka tak penah aku jumpa. Aku kawan jela dengan brader yang 1 jabatan dengan aku ni buat teman pokpek pokpek. Sadis... Nasib baik kau best bang! Hahaha..


Level 1 paham. Masuk level 2 kelaut dah. Hahaha


Hari rabu lepas balik keje 4.30pm, terus buat Quiche Ayam. Requested by zhaf la. Teringin nak makan ni katanya sebelum dia fly ke Sabah esoknya. Aku penah bagi dia rasa dulu. So far dia rasa okay. Tu yang repeat order (untung la you dapat girlfriend pandai masak sayang. Hahaha...)

Actually aku amik resepi ni dari facebook Juara Masterchef Musim Pertama, Dr.Ezani. Aku suka follow dia ni sebab resepi dia semua healthy food. Barang-barang dia guna pun semua senang nak cari.


Bahan-bahan Pastri Quiche Ayam :

BAHAN A
Pastry puff (aku beli jenama Kawan. 1 bungkus ada 10 keping)
200gm daging ayam kisar/cincang (rebus sekejap)
2 biji kentang (rebus dan potong dadu kecil)
Chicken meatloaf/sausage (potong memanjang)
Cendawan butang (potong kecil)
Parmesan/mozzarella cheese
Bawang putih 3 ulas (cincang halus)
Blackpepper
Garam halus

BAHAN B (EGG MIXTURE)
2 biji telur
150 ml susu segar
150ml sour cream
Blackpepper
Garam halus
*Bahan-bahan ni campurkan semua sekali dan kacau


Cara membuatnya :


Sediakan dulang pembakar muffin. Yang lebar dan yang dalam sikit mangkuknya. Griskan dengan majerin kat dalam dan luar mangkuk tu. Kalau tak, confirm melekat bila dah masak nanti. Aku dah penah kena masa first time buat. Jenuh korek nak kuarkan bila dah masak. 

Sambung balik cerita pastri. Lepas tu amik pastri puff tadi masuk dalam mangkuk muffin tu. Macam aku buat kat dalam gambar.



Masukkan semua bahan A dalam pastri puff tu. Ikut la banyak mana kuantiti nak letak dalam 1 pastri tu.

Lepas tu tuang bahan B (egg mixture) kat dalam pastri tu ikut ngam-ngam permukaan lubang muffin tu. Penuh sangat kang melimpah keluar pulak.



Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit. Lepas tu masukkan pastri dalam oven. Bakar selama 20-25 minit atau kulit pastri tu nampak garing.

Pastri aku dah mula mengembang masa ni. Bau pastri semerbak satu rumah. Sedapnya la hai bau!




Okay dah siap quiche ayam aku! Tunggu 5 minit baru la keluarkan dari dulang pembakar tu. Tak melekat dah lepas aku dah gris dengan majerin tadi. Makan quiche ayam ni masa tengah panas sedap. Sebab pastri tu tengah rangup lagi. Kalau makan esok dah kurang sedap sebab pastri tu macam liat sikit even kita dah panaskan dalam microwave/oven.


Ni untuk tuan yang request buat quiche ayam ni. Bekalkan untuk dia makan kat rumah.



SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment