Saturday 3 May 2014

Sleepless Night

Blurrppppp... Alhamdulillah kenyang. Nasi sepinggan, lauk jangek masak lemak cilipadi, keropok goreng. Sebelum ibu balik kampung pagi tadi, sempat dia kejut aku tengah tido "ibu dah masak nasi. Lauk jangek dalam fridge. Nanti panaskan kalau nak makan". Jangek????? Siapa yang tak penah dengar mesti pelik. Lauk mende ni? Nama pun dah macam kelakar je bunyinya. Jangek a.k.a kulit kaki lembu/ kerbau. 

Kira makan jangek ni dah jadi satu makanan tradisi orang kampung. Orang kampung aku la. Kampung orang lain aku tak tau pulak. Selalu nak dapat kaki lembu ni time kenduri kawin or hari raya Qurban je. Selalunya kaki lembu ni kita bakar sampai hangus. Bila nak masak, baru kikis kulit yang hangus tadi. Family aku memang suka makan jangek ni. Masak lemak cilipadi je yang sodap. Rencah dengan rebung. Lagi terangkat habis wa cakap lu!

Dah kenyang, mata ni pun macam berat je. Disebabkan aku busy macam nak arwah lately ni, tersadai 2 minggu blog ni. Malam tadi aku memang takleh tido langsung. Gile!!!! First time dalam hidup. Insomnia apa kejadahnya. Selalu letak je kepala, confirm hanyut punya. Sebab aku pe'el yang senang tido. Nak kata penat sangat keje, tak jugak. Time lunch hour sempat g dating dgn zhaf. Tunggu dia balik solat jumaat, teman dia cari kasut futsal kat Pertama. Pukul 3.30pm baru teringat nak balik opis. Hehehe.. (Sila jangan contohi perangai buruk aku. Time bos takde, aku dah lesap dulu).


Aku tunggu zhaf balik futsal kul 1.30am. Potpet potpet bagai, masa tu aku macam dah rasa ngantok. Minta permission tido dulu, dah wish good night bagai, tiba-tiba perut sakit pulak. Damn! Nape la time gini baru kau nak sakit? Spoil mood nak tido. Ke jamban la jawabnya. Settle hal "pelaburan", nak sambung tido balik. Wah! Kemain segar bugar pulak mata ni. Puas golek kiri kanan 18 juta kali pun still mata takmo lelap. Dah kenapa kau buat hal ni labuuuuu? Aku tak tau nak buat apa dah. Aku whatsapp zhaf pukul 2.30am. Tak reply. Confirm dah sampai Switzerland dah tu.

Teringat kat bff aku, Ejun! Dia kat Swiss sekarang ni. Vacay europe tour dengan family dia. Yes! Penyelamat di kala mata membuntang time-time gini. Buka whatsapp, tengok last seen dia 2.31am. Waktu sana pukul 8.31pm. "Owh, ejun! I could not sleep. Jom borak!". Borak la pasal tempat-tempat yang dia pegi. Aku paling teruja bila part dia pegi Amsterdam. Phew!! Helloooo... My dreams place hokay.

Aku memang teringin sesangat sangat sangat la nak jejak kaki kat Amsterdam tu. Sebab apa? Sana ada ladang tulips yang besar gila weiii.. Aku memang minah bunga. Persetankan apa orang nak kata. Aku perempuan yang dalam hati ada taman. Wakakaka... Semua jenis bunga aku suka. Tak kira la bunga apa kecuali tahi ayam. Ngeeeeee... Dengan tanpa rasa bersalah, ejun sent gambar dia kat Amsterdam dan bunga-bunga tulips, lavender bagai. Nah!







Sumpah aku jealous! Banyak sangat duit kau ni ejun. Merata alam dah kau sampai. Aku ni sampai dalam mimpi jela yang termampu. Takpe! One fine day nad. Kumpul duit sikit-sikit dulu ye. Ada rezeki sampai la kat sana. Add to wishlist please! Ejun cakap t-shirt Hard Rock Cafe London dia dah beli. Yahoo! Cepat sikit balik nyah! Tak sabau nak pakai t-shirt HRC tu together gather dengan zhaf. Gedik sungguh haih hang ni nad. Lantakkan.

Dah pukul 3.38am. Ejun nak mandi katanya. Be right back! Okay. Perut lapar menggila pulak. Mata still buntang. Malam tadi balik keje tak makan. Dah penat sangat. Turun bawah masak maggi ayam.


Makan sambil mengadap pc. Sambil duk google pasal Amsterdam la. Kemaruk ya rabbi kau ni nad nak pegi sana. Hahaha.. Leka baca blog orang-orang yang penah pegi sana. Takpe! Chill je dulu okay. Sebenarnya nak bagi mata ni ngantok tengok pc lama-lama. Dah kenyang, naik bilik. Pukul 5 camtu kot aku terlelap akhirnya. Tapiiiiiiiiiiiii... 5.45am aku sedar sebab handphone aku bunyi azan subuh.

Bangkit solat subuh. Pastu sambung landing balik. Belek-belek handphone tengok facebook, instagram sampai pukul 6.30am. Takde apa yang menarik. Kejutkan zhaf bangun pagi. Katanya ada outdoor activities dengan officemate kat FRIM Kepong. Pukul 7am baru la mata ni minta lelap. Baru nak lelap, zhaf whatsapp, 

"Morning sayang. 
Thanks kejutkan tadi". 

Most welcome sayang. Anything for you. Aku pun dah selamat sampai Amsterdam dalam mimpi.

No comments:

Post a Comment