Wednesday 7 May 2014

3 Hari 2 Malam

Woot.. Woot.. Genap seminggu entry ni aku peram dalam pale otak. Last week 3 hari bersiaran kat Port Dickson. Apa lagi attend kursus la. 2 bulan berturut-turut asyik kursus je. Kalau pegi kursus dapat naik gaji sedap gak la kan. 2 minggu lagi kursus kat Cameron Highland pulak. Part berjalan memang seronok. Part nak packing all stuff, sape yang seronok? Cuba cakap!

Kursus kitaorang buat ni kat Glory Beach Resort. Sebelah Grand Lexis nok! Buat kat Grand Lexis pun okay ape. Ada private swimming pool dalam bilik memasing. Boleh la nak terjun pool berbikini ke half naked ke naked terus pun boleh jugak kalau rasa body tu lawa macam Jessica Alba ke kan. Bajet sangat organiser ni nak buat kat tempat memahal gini. Hikhikhik.. Overall pada aku GBR ni aku kasi 2 1/2 bintang jela. GBR ni kan ala-ala apartment style. Dah macam old season sikit tempatnya.



Lobi Hotel

Sampai je apartment, terus capture view ni. Nak maghrib dah masa ni.

Ni view apartment aku waktu malam. Aku dapat block F . Jauh sikit dari lobi hotel and tempat makan.

Karah Cafe. Tempat makan kitaorang 3 hari kat sini


Makan malam hari pertama kitaorang kat sini dah di sambut dengan cik nyamuk. Pelik betul la aku dalam cafe boleh ada nyamuk. Sambil makan sambil tergaru-garu kaki. Tu belum lagi nyamuk terbang depan mata kitaorang. Dah macam apa dah memasing aku tengok. Kulit aku ni plak pesen kalau kena gigit nyamuk ke semut ke cepat nau naik bintat. Tak pepasal dah dapat love bite free. Phuuuuiiiii...

Menu pun okay la kat tekak aku. Ayam masak lemak cilipadi main dish dia. Yang lain-lain tu biasa je. Lepas habis makan, bergegas masuk dalam kelas. Ada taklimat dengan Fasilitator dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pengarah Jabatan aku sendiri. Pukul 10 malam habis kelas. Balik bilik memasing. Sambung esok.

Aku sebilik dengan officemate aku, kak mah. Ada la geng lawan borak. Borak tak seberapa, mata sudah ada gam la ceritanya. Masuk tido dulu. Biarkan kak mah tengok tv sorang-sorang. Aku penting diri masa ni. Hahaha... Switch on aircond. Sekali bunyi dia macam generator pasar malam kau tau. Bising gila nak mampus. Sumpah tak boleh tido. Berapa tahun tak services agaknya. Panas pulak hati aku time tu. Aku off aircond, buka aircond, kipas kat ruang tamu. At least ada la angin masuk dalam bilik walaupun tak sejuk mana pun. Baru boleh tido sampai subuh.

Esoknya pukul 7 pagi, aku dengan kak mah dah terpacak dalam cafe ni. Yang lain tak nampak pun batang hidung. Membuta lagi gamaknya. Kelas start pukul 8.30 pagi. Masa kami sampai, pekerja cafe ni pun baru settle hidang makanan letak dalam tray. Kami la orang first yang rasmikan. Hehehe...






Round pertama. Tak habis pun makan ni. Nasi lemak dia, hmmmm...

Round kedua. Penyelamat dikala first round tadi tak mengenyangkan.

Keluar je dari karah cafe, dah nampak swimming pool.




Ni kat sebelah swimming pool tadi. Nak cuci mata boleh la.

Masa ni pukul 5 petang, Panas terik bak hang weh. Ada je manusia mandi time gini. Rentung kau nak! Hahaha...


Petang tu lepas habis kelas, kitaorang pegi jalan-jalan cuci mata kat pasar malam batu 4. Pinjam driver yang standby kat kursus tu. Pegi dengan makcik-makcik. Aku sorang je anak dara yang follow. Bosan kot terperap je dalam bilik. Dah orang ajak, ikut jela. 

Sampai kat pasar malam, dah tak tau nak beli apa. Aku tak minat sangat nak beli-beli kat pasar malam ni. Aku perasan kat pasar malam ni terlalu banyak sangat lalat. Kenapa eh? Setiap satu stall tu mesti akan ada lalat. Bukan sekor dua. Siap bawa geng-geng sekali berjemaah. Hurung tak hengat dunia. Automatik aku jadi geli. Bukan apa. Sah-sah la mesti akan ada lalat bertelur kalau dah hurung gaya camtu. Memang betul pun weh. Ada akak ni beli ayam percik. Tengah elok belek-belek, kantoi ada telur lalat. Angkat ayam tu kasi sama itu tauke la. Sian aku tengok muka brader tu. Muka pasrah je. Nak buat camne dah itu mata pencarian dia.

On the way nak balik hotel, singgah jap tepi pantai. Nak snap gambar matahari terbenam sambil-sambil fefeeling duk tepi laut. Hahaha..

Jauh dah selipar ni jalan. Sampai kat PD. Selalu jalan dalam opis je. Dia nak tengok sunset la ;)



Malam tu pukul 8.30 malam, ada sesi BBQ. Aku malas nak snap gambar menu BBQ tu sebab memang tak best langsung. Aku tak tau la pukul berapa dorang start mengipas segala makanan. Sampai je semua dah sejuk. Nak tak nak makan jela buat alas perut. Daging kemain liat nauzubillah. Potong guna pisau tak putus-putus jugak. Last-last makan dengan tangan je. Lantak la nak kata apa. Tak yah nak control ayu sangat. Nanti tak kenyang makan. Hehehe.. 

Yeayyy.. Last day kursus. Masa datang hari tu aku naik bas. Balik ni pulak zhaf datang amik. Thank you sayang drive dari KL ke PD semata-mata jemput girlfriend you balik. I'm really touched. I love you very much, baby. 

12.30 tengahari check out. Elok je aku sampai depan lobi, zhaf pun sampai. Aku suruh dia park kereta and makan sekali dengan aku kat cafe sebelum balik KL. Hari ni lalat pulak menyerang cafe. Hari tu nyamuk kan. PD ni zon lalat ke hape?? Lalat merata-rata. Tak pepasal tangan kanan suap nasi, tangan kiri duk halau lalat. Buat 2 keje dalam 1 masa. Hebat tak aku? Tengkorak dia. Phuuuuiiiii...

Tengah duk makan, zhaf tanya "sayang, kalau dari sini nak ke coconut shake Klebang jauh tak? Aku cakap dalam sejam ada la kot. Why sayang? Then he said "Jom pegi nak? I teringin nak minum. Alang-alang dah sampai sini. Okay! Lets go sayang". Makan lelaju la ceritanya. Buka waze, cari jalan nak ke Klebang. Waze ni kekadang pembongak pun ye. Tau tak dia bawa kami jalan jauh. Kena lalu kampung bagai. Lastly tembus kat tol Pedas. Zhaf cakap ni dah jalan nak balik kampung dia je. Kalau tau tadi exit je tol PD, masuk highway Plus, then exit tol Ayer Keroh. Sungguh membazir minyak kereta je. 

Sejam setengah dah sampai Klebang. Ingat nak minum situ je. Sekali ramai orang daa. Takde free seat pun. Zhaf suruh take away je. Queue takde la panjang sangat. Maybe sebab hari ahad kot. Orang malas nak keluar. 


Dalam 15 minit gitu kami queue. Merasa la sorang 2 bungkus. Adil!


Start enjin kereta, pecut balik KL. Nak singgah campbell pulak amik baju dinner zhaf yang dia tempah kelmarin. Pastu nak beli blazer kat sogo lagi. Masa on the way balik KL, aku tak sampai hati nak tido and biarkan zhaf drive sorang-sorang. Ni first time dia drive jauh dengan aku. Aku tanya juga penat ke tak nak drive ni. Kalau penat stop la kat mana-mana RnR rest kejap. Dia kata okay lagi. Sampai je kat Senawang, baru la dia cakap "sayang, I ngantok la. Nak nap kejap boleh?". Okay sayang. Sian kat dia malam tadi balik main futsal pukul 1 lebih. Tak cukup tido.



Nampak sangat dia letih. Setengah jam dia tido, baru dia terjaga sendiri. Aku tak sampai hati nak kejutkan. Then, terus gerak balik KL. Jalan pun jammed sikit-sikit la tapi masih bergerak. Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 8 malam lepas settle amik baju semua. Ajak zhaf dinner sekali kat rumah.



No comments:

Post a Comment